Bil Pelawat

Thursday, September 12, 2013

PERSIAPAN UNTUK HONEYMOON SEMPENA 5 TAHUN KAHWIN!!!!!!

Assalamualaikum...

Entry kali ni nk citer pasal preparation untuk aku honeymoon dgn husband sempena 5 tahun perkahwinan. Menariknye kali ni percutian ni x bawak anak2 (sorry ika n hadif). Bukan x sedih nk tinggal anak2 tp disebabkan ini percutian sempena 5 tahun perkahwinan, maka ibu terpaksa tgglkn. hehe. 'Orang kata" 5 tahun perkahwinan ni adalah fasa pertama dlm kehidupan berumah tangga. Dalam fasa ini kite blum nampak true colour pasangan kite lagi. huhu. betulkah???? Jadi matlamat utama percutian kali ni adalah untuk mengenali dengan lebih dkt BABEY (panggilan untuk suami).

Maka aku telah mengambil keputusan untuk pegi bercuti ke BALI tanpa minta persetujuan dari husband. Alhamdulillah, cadangan diterima. kalau tidak burn duit tiket aku. Hahaha. (tu lah memandai buat keputusan sendiri)

kemungkinan ini antara tempat2 yang aku pegi kt sane la kot.

Insyallah kami akan berada di Bali pada 28/9 - 1/10. Percutian ni dah dirancang awal tahun 2013 ni lagi. Jadi dah mula reccee psl pakej untuk kami di sana nnt. Blog orang yg cerita pasal pengalaman di Bali pn da byk aku baca. hahah. harap dpt jadi panduan masa kt sana nnt. Jadi aku dah decide utk gunakan perkhidmatan Triways untuk pakej selama 4 hari 3 malam kami kt sana. Bayaran pn da buat. 

Passport plak aku dah ade. Cuma husband la, passport dah expired. Harap dia x lupa nk renew. phewwww. Last skali yang akan aku buat adalah tukar duit. Memandangkn ni tengah bulan, jadi tunggu ujung bulan la. Dapat gaji baru ble pg tukor duit. heheh

Oklah, smpi sini je la. Untuk pengalaman bercuti di sana akan dibuat lepas aku blk bercuti ye. skang ni pasang angan2 dulu. Layan je la gambo2 ni yang kemungkinan aku akan pegi lawat tpt ni nnt. 

bole x nk makan kt sana tpt macam ni gk. bestnyeeee...


 aku xtau ape nama tpt ni. tp mcm sejuk je kn.

 nak main tulis2 kt pasir mcm ni jgk la. 

 kalau x silap ni kawasan penanaman padi.

indahnye pemandangan ni kn. husband mesti suka.


Monday, September 9, 2013

Adikku Kawin!!!! (29 Dec 2012)

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus aku dan emak membuat persiapan untuk majlis kawin adikku, dengan segala kederar (cewwah!!) hahah. Pelbagai perasaan kami ketika ini. Marah, sedih, kecewa, gembira, letih, risau. Biasa la kan.Adat orang nk buat majlis besar, mmg gini la perasaan nye. Pendek kata, masa tu kitorg tdo x lena la. haha. macam aku plk nk kawinnye.

Tanggal 22 Dec 2012, dengan sekali lafaz bersaksikan kadi, ibu bapa, adik beradik, pakcik makcik, sekupus sekapas dan sedara mara adikku iwan sah menjadi suami kepada Izawani Abu Bakar. Terpancar la kegembiraan dan kelegaan di muka kami semua. Hahaha. Parent dan tentu la gembira sebab dpt menantu baru. Kami adik beradik plak happy sbb dpt ipor baru. Bole buliiii. hahah..

Pada 29 Dec 2012 plk adalah majlis bertandang pihak perempuan ke tpt kami plak. Dari jauh keluarga perempuan dtg. Nun dari Perlis membawa mereka ke ofis ku FINAS yang mana tempat berlangsungnya majlis perkahwinan adikku. Pada asalnye nk buat di tpt aku dan adik perempuanku kawin. Tp aku cakap 'asik sama je, tukor tempat lain plak la. baru la gambar tu background nye lain'. haha Dengan kuasa kakak sulung yang ada pada aku, maka sume menurut perintah. hehehe.

Panjang lebor dah bebelnye. moh le kite layan gambor sekitar perkahwinan adik ku. Enjoyzzzz!!!
anak yang di abaikan. haha

 pasangan lama. hahah

 doorgift untuk tetamu. letih melipat kotak n masukkn muffin. 

pandangan dari laluan masuk.

nasib baik sempat bergambar sekeluarga.

p/s : semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat. :)

Wednesday, October 3, 2012

Festival Filem Malaysia ke-23

Lama dah aku simpan gambar ni. rasanye ni tempat yang sesuai untuk aku kongsi pengalaman pertama aku involve dlm program terbesar FINAS setelah aku menjawat jawatan kt sini. Program ni mmg besar smpikn nk laksanakan nye staff di FINAS kene bertungkus lumus untuk menjadikn program ni berjalan lancar. Aku plak yg baru pertama kali ni agak rasa excited jugak la. Hehe. Jadi tugas aku masa festival ni adalah menyambut tetamu yang dijemput.





Sepanjang program ni berjalan aku mmg memenuhi masa 'mencolik' artis2 utk amik gambar. Yang pasti masa ni artis semua sporting bile kite ajak bergambar. haha. Jadi jom la layan gambo2 yg sempat aku snap masa program tu k... zassss!!









With Liyana Samsudin






With Shamsul Yusof!!!! Warghhhh. laga kepala tu.... Jeles x??? hehe

























Anak2 ku semakin membesar!!!!

Entri kali ni nk menceritakan tentang keletah 2 orang anakku yg semakin membesar dan aktif. setiap hari ade je pelbagai bende baru yg diorg belajar n buat aku x kering gusi tgk gelagat diorang. alhamdulillah diorg membesar dengan baik.  si kakak yg peliknya kalau dgn adik berkira. dr segi permainan sampaila ke makanan. sume x bole bg adik. tp kalau adik org lain mintak bg plk dia. hadoi.

Pastu dia punye caring nye pada anak org lain punye la melampau. adik di biar kn melalak. hadoiii.. Si adiknye plk suka la sgt mengikut kakak ke hulu hilir walaupn kakak slalu mendajalkn si adik ni. kengkadang sian tgk adik kene tolak ngan kakak smpi terguling2. marah, dia insaf kejap je. nnt dia buat blk. adik plk skang da pndi le xmo beralah. kalau berebut barang tu, dia akan usaha smpi dia dpt. pastu bwk lari. huhu.

Ok la. meh la tgk gambo anak2 ku yg semakin ligat ni ha.



ni la si adik nye.



ni plk kakak yg suka buli adik. tgk je la perangeinye. hahah



apa la yg direnungkan ayah n anak tu??? hehe
 
saaaaayyaaaannnnngggg ayah....


 sengihhhh jer.

kakak nk mkn kek sendirik!!!


Tuesday, January 31, 2012

Penenang Hati...

Sebagai permulaan untuk nukilan ku inginku perkenalkan 2 permata hati ku. Yang pertama Hani Zalikha (2 tahun) dan yang kedua Hadif Zafran (5 bulan). Dioranglah penghilang kepenatanku di kala balik kerja. Almaklumlah adat org duduk berjauhan dengan suami kn. Walaupn letih tak ilang lagi, tp bole terus melayan kerenah diorang ni. Yg kakak ade keje dia nak buat. Dia cari je bende yg bole buat ibunye mengeluarkan suara yang langsing ni. hadoi.

Si adik plak skang ni baru bole meniarap. satu rumah dia dah pusing. mana dia x pegi. bawah kusi, bawah meja, bawah kaki atuk. Semua dia teroka. nasibla bilik xde katil, kalau x puas jugak le tetiap pg nk menarik keluar (macam kakaknye dulu). hahah. Dengan kehadiran diorang hidup aku x penah sunyi dah. Ibu saaaayyaaangggg ika n hadif...


Monday, January 30, 2012

Ade blog rupernye!!!

Masyallah. x sangka. rupanye selama ni aku ade blog rupernye. haha. lawak btul la. kalau mesti da memacam yg aku luahkan dalam ni. Ruper blog ni salah satu cara orang nk luahkan perasaan dan emosi seharian kn. maklumla kekadang x reti nk marah, jd cara mcm ni la dpt kurangkan stress. Eh, aku reti stress ke? Insyallah, untuk permulaan aku akan masukkan entri berkaitan ngan kehidupan aku skarang. hehe. TUNGGGUUU!!!!

Thursday, August 14, 2008

26 julai 2008 - akad nikah







Tarikh : 26 Julai 2008 (Sabtu)



Masa : 11.30 pagi



Tempat : Dewan Pernikahan, Masjid Wilayah Persekutuan



Jurunikah : Ustaz Romlang (asal Sabah)











haha.. ni ler tempat aku dinikah bersama pasanganku.. aku decide utk buat majlis ni kt tpt dato' ct.. mmg lawa tpt nikahnyer. rasa glamer jer.. :)







ni la my babey.. namanyer Hanis Yusri bin Abdul Haji. masa ni dier tgh nebes tunggu jurunikah..senyum pn tak berapa nk ikhlas jer..







ni aku.. tetap dgn senyuman walaupun dlm hati gabra giler... nasib baik sekeliling ader rakan2 membero moral support..
ni hantaran ku buat suami tercinta.. colour theme black & silver..bestnyer dpt merealisasikan impian.. baru ar nmpk gothic. haha






yang ni plak dari suamiku.. colour theme hijau putih.. suci jer.. redup je mata memandang..tu tangan mak mertua ku.. tgh btulkan alas hantaran senget agaknyer..



Alhamdulillah, segalanye berjalan lancar. Dengan sekali lafaz je, aku telah sah menyandang status baru. :P bermula lah kehidupanku sebagai seorang isteri..